In Partnership with AOL Search
 
Sites from Regional/Asia/Malaysia/Government which are in Malay shoudl be transfered to this category.
Saat ini tidak ada keterangan diciptakan untuk kategori ini.
Membeli-belah/ mengandungi laman-laman yang mempunyai matlamat utama untuk pengguna memilih dan membeli barangan dan perkhidmatan melalui web. Contohnya:
  • Laman yang mempunyai "online shopping-cart systems" untuk pengguna memesan barangan melalui web.
  • Laman yang mempunyai sistem untuk pengguna menjanakan borang pesanan untuk dihantarkan kepada penjual melalui fax atau surat.
  • Laman direktori barangan serta harga untuk pengguna membuat pesanan melalui telephone atau surat.
Syarat-syarat untuk memasukkan laman web anda ke dalam senarai kategori dmoz.org ini adalah:

1. Laman web anda mestilah dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan dari bahasa yang lain adalah dibenarkan sebagai kata nama khas. Contohnya, permainan komputer Half-Life. Perkataan Half-Life itu sendiri tidak perlu diterjemahkankan ke Bahasa Melayu. Nanti siapa pula yang akan kenal permainan komputer Separuh Hayat :)

Permainan itu sendiri tidak perlu menggunakan Bahasa Melayu. Jadi, contohnyan, jika anda mempunyai laman web berbahasa Melayu berkenaan dengan permainan konsol Final Fantasy (hanya boleh didapati dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Jepun), anda boleh mencalonkan laman web anda di sini.

Laman web dari bahasa-bahasa lain tidak dibenarkan disenaraikan di sini. Ini termasuklah laman-laman web dari bahasa Indonesia (saya boleh membezakan kedua-dua bahasa tersebut).

Pengecualian diberikan kepada ruang awam laman web anda seperti buku pengunjung (''guestbook'') dan forum. Contohnya jika pengunjung-pengunjung forum laman web anda banyak menggunakan Bahasa Inggeris (atau bahasa bukan Bahasa Melayu), ia tidak akan memberi kesan kepada peluang laman web anda disenaraikan dalam kategori ini.

2. Laman web anda mestilah mempunyai kandungan yang berkaitan dengan permainan arked, komputer atau konsol. Sila baca Categori Description untuk lebih maklumat. Maklumat-maklumat yang boleh ada dalam laman web anda adalah luas, daripada laman peminat sesuatu permainan, laman reviu permainan-permainan komputer atau konsol dan lain-lain lagi.

Dalam kata lain, jika laman web anda adalah mengenai permainan elektronik, laman web anda mempunyai banyak peluang untuk disenaraikan.

Nota: Syarat-syarat di atas berubah setiap waktu tanpa amaran.

Proses menyenaraikan laman web anda akan memakan masa antara seminggu hingga sebulan.

Kategori ini adalah untuk penyenaraian laman web permainan-permainan elektronik (komputer, arked dan konsol) dalam Bahasa Melayu. Permainan itu sendiri tidak perlu menggunakan Bahasa Melayu secara khususnya, tetapi isi kandungan laman-laman web dalam kategori ini mestilah ditulis dan dipersembahkan dalam Bahasa Melayu. Permainan-permainan yang diliputi oleh laman-laman web dalam senarai untuk kategori ini adalah permainan komputer (perisian permainan untuk komputer peribadi dan permainan berasaskan web seperti permainan mini Java dan Flash), permainanan konsol (perisian permainan untuk konsol seperti Playstation, Playstation 2, X-Box, GameCube dan N64; konsole 'emulators' dan konsole tangan seperti GBA ) dan arked syiling. Permainan biasa seperti congkak dan layang-layang tidak diterima di sini.
Site yang mempunyai unsur perniagaan atau company.
Himpunan laman web yang mengandungi informasi mengenai kegiatan sukan di Malaysia and juga aktiviti rekreasi.
Copyright © 1998-2014 AOL Inc. Syarat Penggunaan
Perubahan terakhir: Rabu, 2013 Februari 27 16:46:14 EST - sunting