Open Directory Project
|

Top: World: Bahasa_Melayu

Lebih daripada 90 peratus Laman web yang wujud di Internet adalah didalam bahasa Inggeris. Suatu inisiatif telah disarankan agar laman web yang dibangunkan dalam bahasa melayu diperbanyakkan dan diketengahkan agar maklumat dan pengetahuan yang ingin disampaikan dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat disamping dapat memperkembangkan lagi penguasaan bahasa melayu dikalangan masyarakat dunia amnya dan rakyat Malaysia itu sendiri khususnya. Dari sebab inilah, maka kategori ini diwujudkan bagi menyenaraikan laman web yang direka khusus didalam bahasa Melayu. Secara amnya kategori ini terdiri daripada beberapa subkategori yang mewakili tajuk utama didalam suatu topik yang dibincangkan.

Masyarakat

Sites from Regional/Asia/Malaysia/Government which are in Malay shoudl be transfered to this category.

Membeli-belah

Membeli-belah/ mengandungi laman-laman yang mempunyai matlamat utama untuk pengguna memilih dan membeli barangan dan perkhidmatan melalui web. Contohnya:

Permainan

Syarat-syarat untuk memasukkan laman web anda ke dalam senarai kategori dmoz.org ini adalah:

1. Laman web anda mestilah dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan dari bahasa yang lain adalah dibenarkan sebagai kata nama khas. Contohnya, permainan komputer Half-Life. Perkataan Half-Life itu sendiri tidak perlu diterjemahkankan ke Bahasa Melayu. Nanti siapa pula yang akan kenal permainan komputer Separuh Hayat :)

Laman web dari bahasa-bahasa lain tidak dibenarkan disenaraikan di sini. Ini termasuklah laman-laman web dari bahasa Indonesia (saya boleh membezakan kedua-dua bahasa tersebut).

Pengecualian diberikan kepada ruang awam laman web anda seperti buku pengunjung ('guestbook') dan forum. Contohnya jika pengunjung-pengunjung forum laman web anda banyak menggunakan Bahasa Inggeris (atau bahasa bukan Bahasa Melayu), ia tidak akan memberi kesan kepada peluang laman web anda disenaraikan dalam kategori ini.

2. Laman web anda mestilah mempunyai kandungan yang berkaitan dengan permainan arked, komputer atau konsol. Sila baca Categori Description untuk lebih maklumat. Maklumat-maklumat yang boleh ada dalam laman web anda adalah luas, daripada laman peminat sesuatu permainan, laman reviu permainan-permainan komputer atau konsol dan lain-lain lagi.

Dalam kata lain, jika laman web anda adalah mengenai permainan elektronik, laman web anda mempunyai banyak peluang untuk disenaraikan.

Nota: Syarat-syarat di atas berubah setiap waktu tanpa amaran.

Proses menyenaraikan laman web anda akan memakan masa antara seminggu hingga sebulan.

Kategori ini adalah untuk penyenaraian laman web permainan-permainan elektronik (komputer, arked dan konsol) dalam Bahasa Melayu. Permainan itu sendiri tidak perlu menggunakan Bahasa Melayu secara khususnya, tetapi isi kandungan laman-laman web dalam kategori ini mestilah ditulis dan dipersembahkan dalam Bahasa Melayu.

Permainan-permainan yang diliputi oleh laman-laman web dalam senarai untuk kategori ini adalah permainan komputer (perisian permainan untuk komputer peribadi dan permainan berasaskan web seperti permainan mini Java dan Flash), permainanan konsol (perisian permainan untuk konsol seperti Playstation, Playstation 2, X-Box, GameCube dan N64; konsole 'emulators' dan konsole tangan seperti GBA ) dan arked syiling.

Perniagaan

Site yang mempunyai unsur perniagaan atau company.

Sukan

Himpunan laman web yang mengandungi informasi mengenai kegiatan sukan di Malaysia and juga aktiviti rekreasi.

    Copyright © 1998-2008 Netscape

: -